Skip to main content

Bola Sepak

Bekas tonggak remaja Denmark bergabung dengan Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

filip.jpg
Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga-M) tamat, Negeri Sembilan berjaya menandatangani pertahanan kebangsaan Mongolia kelahiran Denmark, Filip Chinzorig Andersen. 

Andersen kini berusia 22 tahun dan bakal menjadi aset terbaharu skuad kendalian Nidzam Jamil bagi memperkuat barisan pertahanan yang diketuai Luis Enrique.

Menurut kenyataan kelab, Sang Rusa akan menggunakan khidmatnya dengan pembinaan pasukan secara jangka masa panjang. 

 

Filip sebelum ini pernah mewakili skuad remaja Denmark bawah 16 tahun (B-16) dan B-19 dengan merekodkan sembilan penampilan secara keseluruhan.

Sesuai dengan prestasi semasa Hobin Jang Hobin yang semakin memukau, Negeri Sembilan wajar dijadikan pasukan yang perlu diberi perhatian. 

Setakat ini, skuad Jang sedang menduduki tempat keenam Liga Super dengan empat mata selepas empat perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video