Skip to main content

Bola Sepak

Bekas produk Arsenal sedia sarung jersi Harimau Malaya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

josh.jpg
Tanpa berselindung, dia dengan bangga memberitahu dunia tentang cinta kepada Malaysia.

Bekas produk akademi kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal itu memberi bayangan mahu bergabung bersama Harimau Malaya pada masa hadapan, jika diberi kesempatan.

Sebelum ini, Josh Robinson mendedahkan dirinya mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya.

Pertahanan berusia 21 tahun itu dalam satu temu bual sebelum ini di laman rasmi The Gunners itu, berkongsikan latar belakang keluarganya yang berasal daripada Jamaica, Malaysia dan Inggeris.

Dan, kemas kini media sosial menyaksikan dia menambah bendera Malaysia di Instagramranya, dan memuat naik sorotan artikel laporan sebelum ini tentang dirinya mempunyai darah campuran Malaysia. 



Untuk rekod, dia menandatangani kontrak professional pertama pada 2023 dan membuat tujuh penampilan dalam skuad muda Arsenal.

Robinson kemudian menyertai Wigan Athletic awal Januari lalu sebelum bergelar ejen bebas pada September. Dia juga sempat menembusi skuad utama di bawah kendalian Mikel Arteta.

Meninjau laman Transfermarkt, Robinson pernah mewakili pasukan England bawah 18 tahun (B-18) dengan mencatatkan satu penampilan.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video