Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab perkuat barisan pertahanan FC Seoul

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yazan.jpg
Pertahanan skuad kebangsaan Jordan dan bekas pemain Selangor, Yazan Al-Arab, telah melengkapkan perpindahan menyertai kelab Republik Korea, FC Seoul, untuk baki musim 2024.

Menerusi di halaman X Korea Football News, Yazan sudah melengkapkan perpindahan bagi menyertai FC Seoul.

Yazan akan menggantikan tempat Rebin Sulaka, pemain pertahanan pasukan kebangsaan Iraq yang telah dilepaskan daripada kelab itu.

Selepas meninggalkan Selangor pada awal Oktober 2023, Yazan berhijrah ke kelab Iraq, Al-Shorta SC sebelum sekali lagi mengembara ke negara berbeza iaitu ke Qatar dengan menyertai Muaither pada Januari tahun ini.
 

Advertisement

Must Watch Video