Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pertahanan Selangor disambar kelab divisyen satu Korea Selatan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yazan.jpg
Bekas pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab, dikhabarkan sedang dirisik kelab Seoul yang bermain dalam divisyen satu liga Korea Selatan.

Pemain Muaither itu merupakan tonggak utama buat The Red Giants sebelum didenda selepas insiden yang membabitkan dirinya menyepak pengadil perlawanan pada perlawanan suku akhir 2 berdepan Terengganu dalam saingan Piala Malaysia di Stadium MBPJ musim lalu.


 
Pemain kebangsaan Jordan yang berjaya membawa pasukannya ke saingan akhir Piala Asia itu dijatuhkan hukuman berat penggantungan seumur hidup daripada bermain di Liga Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Seoul kini berada di kedudukan ke sembilan dalam saingan Liga Korea 1 dengan 17 mata.

Advertisement

Must Watch Video