Skip to main content

Bola Sepak

​​Bekas pertahanan Barcelona gantung but awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umtiti.jpg
Bekas bek tengah Barcelona, ​​Samuel Umtiti, yang menjadi tunjang ketika Perancis merangkul Piala Dunia 2018 mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 31 tahun.

Produk Olympique Lyonnais itu menyertai Barcelona pada 2016, di mana dia membuat 133 penampilan dan memenangi tujuh trofi utama termasuk dua gelaran LaLiga sebelum kali terakhir kembali ke kancah Ligue 1 bersama Lille.

Pertahanan itu menyumbat jaringan kemenangan ketika menentang Belgium dalam separuh akhir Piala Dunia sebelum menewaskan Croatia 4-2 untuk menjulang trofi tersebut buat kali kedua.

Namun, karier Umtiti dibayangi kerosakan rawan kronik di lututnya.

"Selepas kerjaya yang sukar dengan jatuh bangun, telah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal... Saya telah mencurahkan segala dengan penuh semangat dan tidak menyesal. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kelab, presiden, jurulatih dan pemain yang pernah bekerjasama," tulisnya di Instagram.

Advertisement

Must Watch Video