Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Bekas penyerang Harimau Malaya meninggal dunia akibat sakit jantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

naidhu.jpg
Bekas tonggak Malaysia dalam kelayakan Sukan Olimpik 1996 Atlanta, Amerika Syarikat, T. Gopinath Naidu disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Pada usia 51 tahun, dia mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak tempatan yang pernah mencuri tumpuan suatu ketika dahulu.

T. Gopinath Naidu merupakan bekas penyerang Harimau Malaya era 90-an selain pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur (1992-1994) dan Perak (1996).

 

Sewaktu bersama Kuala Lumpur, mendiang menggapai kejuaraan Piala FA sebanyak dua kali, namun kariernya terhenti apabila mengalami kecederaan lutut dan terpaksa melakukan pembedahan sehingga memaksa dirinya bersara pada 1999.

Advertisement

Must Watch Video