Skip to main content

Bola Sepak

Bekas penjaga gol JDT, Farizal Marlias beri petunjuk bersara?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farizal.jpg
Farizal Marlias menikmati perjalanan karier yang menakjubkan sepanjang bergelar pemain bola sepak terkemuka. 

Selepas bekas rakan sepasukannya, Aidil Zafuan Abd Razak, bersara daripada arena sukan itu, berkemungkinan besar penjaga gol berusia 38 tahun itu akan berbuat perkara sama. 

Dia antara 11 pemain yang dilepaskan oleh Harimau Selatan berikutan kontraknya yang telah berakhir Mei lalu. 

Ia sekali gus, menyaksikan kedua-dua legenda Johor Darul Ta'zim (JDT) itu merupakan pemain terakhir yang memenangi gelaran Liga Super sebanyak 10 kali, dan harus mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu. 

Menerusi hantaran di Instagramnya, ucapan daripada kawan-kawan seakan memberi petanda bahawa bintang Harimau Malaya itu akan bersara dalam masa terdekat. 

Sejauh manakah kebenaran itu? Hanya dirinya yang tahu. 




Farizal meninggalkan legasi yang cukup hebat dan harus dikenang selaku penjaga gol paling berjaya di tanah air. 

Gelaran domestik seperti Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) juga menjadi salah satu daripada koleksi kejayaannya. 

Tidak dilupakan, Farizal antara tonggak yang membantu skuad negara melayakkan diri ke Piala Asia 2023 secara merit selepas hampir 16 tahun.

Bekas pemain Negeri Sembilan, Selangor dan Perak itu turut diangkat sebagai Penjaga Gol Terbaik musim 2019 hingga 2021. 

Peminat tempatan semestinya tidak akan melupakan episod hitam yang menimpa dirinya apabila pernah digantung oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2015 selepas melakukan provokasi terhadap pengadil ketika Liga Juara-Juara Asia AFC. 

Advertisement

Must Watch Video