Skip to main content

Bola Sepak

Bekas penjaga gol harap KL City bebas isu luar padang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kevin-mendoza.jpg

Bekas penjaga gol Kuala Lumpur City, Kevin Ray Mendoza, berharap The City Boys mampu kekal bersaing hebat dalam kancah Liga Malaysia tanpa sebarang gangguan isu luar padang.

Ini kerana Mendoza, yang juga anggota skuad emas KL City 2021, percaya kelab berkenaan mempunyai potensi untuk menjadi pencabar hebat dalam merebut kejuaraan dipertandingkan.

KL City sebelum ini dipalit dengan masalah tunggakan gaji sehingga menyebabkan beberapa pemain meninggalkan pasukan dan difahamkan, situasi itu juga mendorong keputusan Mendoza mengucapkan selamat tinggal kepada The City Boys hujung tahun lalu.

"Saya akan mengatur perjumpaan dengan mereka untuk bertanyakan khabar.



"Saya harap mereka dapat jalan keluar daripada situasi sukar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Penjaga gol itu, yang mewakili Filipina dalam saingan Pestabola Merdeka baru-baru ini, menyertai Persib Bandung di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak.

"Saya harap kami dapat memenangi kejuaraan di sana. Bojan masih lagi sama, sentuhannya terhadap pasukan juga serupa," katanya. 



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video