Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pengurusan Felda United kecewa tindakan drastik tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

felda-united.jpg
Penarikan diri Felda United sudah terbayang apabila pengurusan baru kelab itu bertindak memberhentikan hampir semua pegawai dan kakitangan pentadbirannya.

Turut sama terkena tempias ialah Setiausaha Agung, Afizal Abu Othman, yang berkongsi kecewaannya dengan wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly.

Dia dan 15 lagi kakitangan ditamatkan khidmat mereka atas alasan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Afizal menjelaskan isu pembubaran pasukan itu sudah berbangkit sejak bulan lalu tanpa pengetahuan dan perbincangan bersama mereka, sekali gus mengganggu prestasi barisan pemain dalam baki aksi Liga Super 2020 termasuk dibelasah Terengganu 0-3 di Jengka, Sabtu lalu. 

"Kami sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku. 

"Kalau berdasarkan surat pemecatan kami, ia berlaku sejak 25 Ogos lagi tetapi (ketika itu) kami masih bekerja seperti biasa. 

"Kami hanya tahu apabila pengarah komuniti Felda datang ke pejabat kami pada 15 September lalu untuk bermesyuarat bersama tiga lain pegawai daripada Felda. 

"Di situlah (barulah) kami dimaklumkan bahawa kami ditamatkan perkhidmatan pada 31 September," katanya ketika dihubungi. 

 

Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak...

Posted by Football Association of Malaysia on Sunday, October 4, 2020


Baginya, selepas hampir 13 tahun berkecimpung dalam kancah Liga Malaysia, amat menyedihkan untuk melihat The Fighters tidak akan mengambil bahagian pada musim depan.

"Kami sudah bangunkan Felda United (bebas) daripada masalah. 

"Walaupun menghadapi masalah kewangan, kami bebas selepas (dipalitkan) kes dengan SPRM dari 2014 hingga 2018 dan sekarang kami terpaksa membantu SPRM menyerahkan dokumen (yang diperlukan)," tambahnya. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video