BOLA SEPAK MSIA
Bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson meninggal dunia akibat kanser
Bekas pengendali England, Sven-Goran Eriksson, menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di kediamannya hari ini.
Sebelum ini, Eriksson pernah mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis menghidap kanser pankreas dan menyatakan bahawa dia hanya mempunyai tempoh setahun untuk hidup.
Kematiannya disahkan oleh ejennya, Bo Gustavsson, yang mengesahkan Eriksson telah meninggal dunia pada Isnin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengendali yang berasal dari Sweden itu menjadi satu-satunya pengurus asing pertama untuk England pada 2001 hingga 2006 hingga digelar sebagai generasi emas.
Sepanjang kerier kejurulatihannya dia pernah mengendalikan Manchester City, Mexico, Ivory Coast dan Leicester City selepas meninggalkan England.
Pencapaian terbaiknya adalajh ketika membawa skuad England layak ke pusingan 16 pada saingan Piala Dunia 2002 dan juga membawa England melangkah ke pusingan suku akhir sebelum tewas kepada Portugal menerusi sepakan penalti 6-5 dalam kejohanan Euro 2004.