Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pembantu Kim Pan-gon kemudi Kelantan Darul Naim?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

elavarasan.jpg
Bekas ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, E. Elavarasan, dikhabarkan bakal mengemudi sebuah kelab Liga Super menjelang musim baharu akan datang. 

Jika benar, ia sekali gus menyaksikan pengendali berusia 60 tahun itu akan membuat penampilan semula dalam kancah tempatan selepas kali terakhir mengetuai kelab Sarawak United pada 2020 hingga 2022.

Menurut media tempatan, Kelantan Darul Naim bakal menjadi destinasi terbaru Elavarasan yang juga merupakan bekas penolong jurulatih kepada Kim Pan-gon sebelum ini. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Koppa tv (@koppatv)



Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru Kelantan Darul Naim (KDN), Datuk Mohd Irwan Rizal, sudah semestinya ingin bangkit menjadi salah satu pencabar terkuat Liga Super. 

Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan. 

Advertisement

Must Watch Video