Bekas pemain sayap Real Madrid dan Everton, Royston Drenthe, kini dirawat di hospital selepas disahkan mengalami serangan strok.
Pemain berusia 38 tahun itu, yang juga bekas pemain antarabangsa Belanda, dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, seperti yang diumumkan oleh FC de Rebellen -- agensi yang mewakili beberapa bekas pemain bola sepak termasuk Drenthe sendiri.
Dalam kenyataan rasmi mereka:
“Jumaat lalu, Royston Drenthe telah mengalami strok. Dia kini menerima rawatan rapi dan berada dalam keadaan yang baik.
"Pasukan serta semua yang terlibat berharap Drenthe segera pulih sepenuhnya.”
Drenthe memulakan karier profesional bersama Feyenoord sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2007, di mana dia merangkul kejuaraan LaLiga setahun kemudian. Beliau turut pernah menyertai Everton secara pinjaman pada musim 2011-2012, selain beraksi bersama Reading dan Sheffield Wednesday.
Menerusi hantaran di platform X (Twitter), pihak Everton menyampaikan sokongan mereka:
“Seluruh warga Everton mendoakan Royston Drenthe agar segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.”
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang