Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pemain Nottingham Forest makin hampir perkuat Selangor?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adel.jpg
Bekas pemain Nottingham Forest, Zach Clough, dikhabarkan bakal memperkuatkan Selangor bagu menghadapi kempen musim 2025/26.

Mengikut wartawan Australia, Rob Cornthwaite, yang juga merupakan bekas pemain The Red Giants berkongsikan: "Pemain tengah Adelaide United, Zach Clough, akan berkelana ke Malaysia untuk menyertai Selangor." katanya.

Perancang tengah berusia 30 tahun itu berpotensi bagi menggantikan Yohandry Orozco yang bertindak selaku arkitek The Red Giants sebelum ini.


 

Zach sebelum ini turut pernah beraksi buat beberpa kelab lain seperti Bolton (2014/18) Nottingham Forest (2017/19) dan juga Wigan (2021), sebelum menyertai Calisle United dan Adelaide United.

Untuk rekod, berdasarkan transfermarkt, sepanjang 288 penampilannya, dia telah mencatatkan 67 gol dan 43 bantuan jaringan.

Malah, dia juga telah berpisah dengan Adelaide selepas empat musim sekali gus menguatkan lagi mengenai destinasi baru pemain itu ke Lembah Klang.

"Ini adalah keputusan yang sangat sukar, kerana saya benar-benar menyayangi bandar ini, kelab ini, dan orang di sini. 

"Adelaide berasa seperti di rumah sendiri tetapi ini adalah peluang untuk keluarga saya dan saya yang tidak boleh kami lepaskan." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video