BOLA SEPAK
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Bekas pemain kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan, telah ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kes penyeludupan kokain di sebuah bandar terkemuka negara itu, semalam.
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang daripada beberapa suspek yang diberkas oleh polis selepas melakukan siri serbuan berskala besar di seluruh negara itu.
"Siasatan tersebut membabitkan dakwaan kemasukan dadah tersebut dari Amerika Selatan ke beberapa negara Eropah melalui pelabuhan Antwerp.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mengesahkan bahawa bekas pemain Bhayangkara Presisi Indonesia itu ditahan dan tiada kenyataan lanjut buat masa sekarang," kata pendakwa raya Brussels.
Ironinya, penahanan itu dibuat hanya enam hari selepas dia keluar daripada persaraan dan kembali bermain bola sepak bersama Lokeren-Temse.