Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pemain EPL main Everton sah penolong Peter Cklamovski?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jose.jpg
Sebulan selepas penolong jurulatih Harimau Malaya, Mark Daniel Milligan meninggalkan skuad kebangsaan, spekulasi pengganti siapakah yang akan mengisi kekosongan itu terus bertebaran.

Satu nama bakal diumumkan pengendali utama negara, Peter Cklamovski, melibatkan individu yang menjawat peranan tersebut difahamkan bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Mark Milligan, dalam masa terdekat.

Nama Jose Baxter antara yang disebut sebagai calon utama hanya menantikan pengesahan rasmi dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kapasiti yang dibawa Baxter merujuk kepada pengalamannya beraksi dalam pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Everton untuk beberapa musim, selain pernah beraksi untuk skuad remaja England sebanyak 16 kali.

Baxter yang membawa skuad bawah 16 tahun (B16) Everton, dijangka akan memulakan tugasan bersama Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan menentang Cape Verde hujung bulan ini.

Tidak hanya itu, tugasan Baxter juga turut terarah kepada skuad B23 tahun, dengan perancangan untuk memastikan perkembangan skuad utama dan skuad kendalian Nafuzi Zain berjalan seiring.

Advertisement

Must Watch Video