EPL

Bekas kapten Mesir selar Jamie Carragher tidak hormati AFCON

Stadium Astro
Ammar Hakim
27/02/2025
06:25 MYT
Sponsor Banner
Bekas kapten Mesir selar Jamie Carragher tidak hormati AFCON
Bekas kapten Mesir, dan pemenang Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Ahmed Hassan, menjawab kritikan yang dikeluarkan oleh bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher.
Bekas pemain Liverpool itu mengeluarkan kenyataan terhadap penyerang The Reds, Mohamed Salah, harus menerima fakta bahawa dia tidak akan memenangi trofi bersama Mesir meskipun merupakan calon pilihan meraih anugerah Ballon d'Or.
Jamie Carragher yang kini merupakan pengulas sukan turut menganggap AFCON bukanlah kejohanan utama yang mampu memberi kemeriahan seperti Copa America mahupun Piala Dunia.
Bagi menjawab pendirian Carragher, bekas kapten Mesir, Ahmed Hassan mengulas, "Saya terkejut dan amat kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Jamie Carragher, yang merendahkan nilai Piala Negar-Negara Afrika (AFCON). Saya percaya ulasannya bersifat perkauman dan sepatutnya tidak diuingkap oleh bekas pemain bola sepak.
"Saya ingin menjelaskan kepada Carragher bahawa benua Afrika terdiri daripada 54 negara, lebih daripada jumlah negara di Eropah.
"Keluasan daratnya melebihi 30 juta kilometer persegi iaitu tiga kali kali saiz Eropah dan penduduknya kira-kira 1.5 bilion, hampir dua kali penduduk Eropah.
"Selain itu, saya ingin memperjelaskan bahawa lebih setengah pemain dalam liga tertinggi Eropah adalah berturunan Afrika.
"Malah, beberapa pasukan negara terbesar di Eropah mempunyai lebih setengah dari skuad mereka terdiri daripada pemain asal Afrika seperti pasukan kebangsaan Perancis serta pasukan kebangsaan England.
"Berkenaan kritikannya terhadap bintang Afrika, Mohamed Salah, saya menjamin Carragher bahawa campur tangan luar, sepenuhnya tidak berkaitan dengan merit sukan atau prestasi teknikal telah menghalang Salah dan bintang-bintang Afrika yang lain daripada memenangi Ballon D'or.
"Dan yakinlah bahawa Salah berada di jalan yang betul untuk memenanginya tahun ini dan membanggakan Afrika.
"Akhir sekali, saya menegaskan mesej saya kepada Carragher, kenyataan anda tidak penting bagi kami, dan AFCON akan sentiasa menjadi pertandingan terbaik di global yang menarik berbilion-bilion penonton dari seluruh dunia."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video