Skip to main content

Bola Sepak

Bekas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong disebut ketuai bintang All ASEAN 'belasah' Man Utd di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sty.jpg
Buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, akan bertandang ke Malaysia bagi mengatur perlawanan persahabatan pramusim, Mei ini.

Juara Piala FA 2024 itu bakal hadir ke dua negara Asia, termasuk Hong Kong, sebahagian daripada jejalah antarabangsa mereka.

Sebelum ini, difahamkan satu pasukan yang merangkumi pemain terbaik seluruh Asia Tenggara (ASEAN) bakal bergabung membentuk skuad terhebat bagi menentang The Red Devils itu. 

Barisan Bintang ASEAN masih belum dikenal pasti siapakah yang akan mewakili pasukan itu.

Di sebalik berita menarik itu, muncul nama bekas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, disebut menjadi pengendali kepada pasukan itu, namun khabar angin tersebut sudah bertebangan di media sosial.

 

Kali terakhir United ke Malaysia ketika jelajah pramusim 2009, bertemu Harimau Malaya dua kali di SNBJ, di mana mereka menang 3-2 pada 18 Julai dan 2-0 dua hari berikutnya.

Setakat hari ini, aksi tumpuan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), tetapi terdapat juga desas-desus mengatakan ia akan diadakan di rumah keramat Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI), 28 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video