BOLA SEPAK

Bekas jurulatih B-23 negara ‘tackle’ Ong Kim Swee sampai tersembam

Najmi Iman 13/02/2025 | 07:34 MYT
Bekas jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, terjatuh selepas meraikan jaringan kemenangan pada minit akhir bersama barisan kejurulatihan yang lain.
Situasi ini berlaku dalam aksi terbaru Liga 1 Indonesia antara Persis Solo dengan pasukan keempat dalam liga, Persebaya Surabaya di Stadium Manahan baru-baru ini.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, penyerang kebangsaan Sang Garuda, Ramadhan Sananta, meledak gol kemenangan 2-1 pada minit akhir permainan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan video yang dikongsikan Laskar Sambernyawa, bekas pengendali bawah 23 tahun negara (B-23), Juan Torres Garrido, menghampiri Ong Kim Swee, namun tergelincir bersama tatkala mahu meraikan kejayaan atas kebangkitan dramatik itu.
Persis Solo kini menghuni tangga ketiga terakhir saingan liga.
#bola sepak #Indonesia #Ong Kim Swee #Juan Torres Garrido #Persis Solo