Skip to main content

Bola Sepak

Bekas jurulatih B-23 negara, Juan Torres Garrido jadi pembantu Ong Kim Swee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juantorres1.jpeg

Selepas pelantikan Nafuzi Zain selaku jurulatih terbaru skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dalam penstrukturan Harimau Malaya, Juan Torres Garrido bersama barisan kejurulatihan di bawah Pau Marti Vicente mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak Malaysia.

Terbaru, pengendali kelahiran Sepanyol itu diumumkan sebagai pembantu jurulatih kepada Datuk Ong Kim Swee yang sedang membimbing kelab Indonesia, Persis Solo, susulan meninggalkan Sabah tahun lalu. 

Gandingan tersebut bakal menjadi detik perubahan buat Persis Solo memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga Indonesia.

 

Advertisement

 

 

Semalam, Sambernyawa turut menandatangani bekas pemain import Kedah Darul Aman (KDA), Cleylton Dos Santos, sebagai pertahanan buat pasukan itu menghadapi kancah liga. 

Must Watch Video