Bekas bintang Manchester United, Raphael Varane umum persaraan mengejut

Muhammad Saufi
September 25, 2024 07:58 MYT
Bekas pertahanan Real Madrid dan Manchester United, Raphael Varane, secara mengejut mengumumkan persaraannya daripada kancah bola sepak selapas dua bulan menyertai Como.
Varane meninggalkan The Red Devils sebagai ejen bebas pada penghujung musim lalu selepas tiga tahun di Old Trafford apabila terpaksa mengharungi kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan kecederaan.
Pemain berusia 31 tahun itu menghabiskan 10 musim bersama Los Blancos dengan rekod merangkul trofi LaLiga sebanyak tiga kali dan Liga Juara-Juara(UCL) sebanyak empat kali serta merupakan tonggak utama dalam membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.
Varane menyertai pasukan Como yang dikendalikan Cesc Fabregas pada Julai lalu tetapi mengalami kecederaan lutut dalam debut sulungnya sebelum ini.
Dia memutuskan bersara pada umur 31 tahun dengan menulis di laman Instagram: "Mereka berkata semua perkara yang indah pasti akan berakhir.
"Dalam kerjaya saya, saya telah menempuh banyak cabaran dan peningkatan prestasi daripada semasa ke semasa, hampir semuanya terlihat mustahil.
"Saya meletakkan diri saya pada standard yang paling tinggi, saya mahu keluar dengan kuat, bukan sekadar bertahan dalam permainan. Ia memerlukan keberanian yang besar untuk mendengar isi hati dan naluri anda.

Thank you, football. ? pic.twitter.com/zTC5ebqclB

— Raphaël Varane (@raphaelvarane) September 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Keinginan dan keperluan adalah dua perkara berbeza. Saya telah jatuh dan bangkit seribu kali, dan kali inilah masanya saya untuk berhenti dan menggantung but saya dengan perlawanan terakhir saya ketika menang trofi di Wembley.
"Saya tidak menyesal, saya tidak mahu mengubah apa-apa lagi. Saya telah menang lebih daripada yang saya impikan, tetapi disebalik anugerah dan trofi, saya bangga kerana saya telah berpegang pada prinsip saya untuk ikhlas.
"Oleh itu, kehidupan baru bermula di luar padang. Saya akan kekal bersama Como. Terdapat sesuatu yang saya tidak sabar untuk kongsikan tidak lama lagi." katanya.
#bola sepak #Manchester United #madrid #Raphael Varane #'Real