EPL
Bekas bintang Man Utd teruja siri Squid Game tamat
Bekas bintang Manchester United, Jesse Lingard, menerusi perkongsiannya di TikTok sangat gembira melihat siri popular di Korea Selatan, Squid Game, yang sudah melabuhkan tirai selepas tiga musim ditayangkan.
Untuk rekod, siri tersebut mendapat perhatian dunia ekoran menampilkan pelbagai misteri, penceritaan dan pengembaraan yang menakjubkan, selain harus berwaspada dengan sebarang ancaman permainan dengan tidak dibunuh.
Bintang England itu sudah pasti meneroka pengalaman menonton siri penstriman itu apabila dirinya berkelana dalam Liga K1 bersama Seoul FC.
Iklan
Lingard dinamakan kapten FC Seoul bagi musim baharu, dan pemain berusia 32 tahun itu baru-baru ini meluahkan tentang perasaannya seperti di rumah sendiri di Korea Selatan dan dapat berasakan keyakinan kembali dalam permainannya.
@jesselingard Season 3 completed 🦑♬ original sound - Jesse Lingard
Dia juga tidak melepaskan peluang untuk merasai permainan itu bersama rakan-rakannya dan ini terbukti bahawa Lingard merupakan peminat kepada siri tersebut.
Setakat ini, Lingard telah mencatatkan 21 penampilan dan menjaringkan lima gol di Korea Selatan.
Must-Watch Video