Skip to main content

Bola Sepak

Bekas bintang Man Utd, Ryan Giggs beri pesanan naikkan Liga Super seperti EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gigss.jpg
Bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs, melontarkan nasihat bernas mengenai persaingan dalam liga melibatkan kelab bola sepak.

Pemain kebangsaan Wales itu juga berkata, setiap kejohanan harus diperbaharui dan mengikuti keperluan tertentu supaya dapat meningkatkan kualiti pasukan. 

Ketika ditemui dalam sidang media Piala Cabaran Maybank bersama legenda The Red Devils itu, dia juga memaklumkan hampir 16 tahun tidak ke Malaysia selepas kali terakhir bertemu Harimau Malaya pada 2009.

"Setiap liga memerlukan semua kelab yang boleh menjelmakan saingan yang cukup besar. 

"Kelab bawahan juga perlu meningkatkan prestasi supaya boleh memberi cabaran.

 

"Selain daripada kompetitif aksi liga tempatan, pasukan kebangsaan juga perlu lebih menyerlah. 

"Kombinasi pemain import dan tempatan memaikan peranan untuk bersaing dengan lebih hebat," katanya di Nadi Weekend.

Stadium Bukit Jalil akan menjadi saksi pertemuan pasukan Asia Tenggara, ASEAN All-Stars, menentang gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada 28 Mei ini. 

Advertisement

Must Watch Video