Skip to main content

Bola Sepak

Bek kiri kelahiran Thailand perkuat skuad Imigresen FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

keron-new.jpg
Imigresen FC mengambil langkah bagi memperkuatkan jentera pertahanan mereka dengan menandatangani pemain kelahiran Thailand, Keron Ornchaiyaphum.

12 Ogos lalu, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi menerusi X telahpun memberikan bayangan bahawa Imigresen bakal membawa masuk khidmat pemain baharu,  Keron Ornchaiyaphum bagi harungi saingan Liga M 2025/26.
 

Genap sebulan, Imigresen telah mengumumkan ketibaan pemain tersebut bagi mengisi slot pemain import pasukan.
 

Pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan perpindahan dari PT Pracuap.

Untuk rekod, Imigresen ketika ini menghuni tangga ke-11 Liga Super -- melewati satu keputusan dan dua kekalahan selepas tiga perlawanan .
 

Advertisement

Must Watch Video