Pengasas dan pemilik bersama kelab itu, David Beckham, nampaknya semakin teruja dengan perkembangan kelab bola sepak, Inter Miami CF.
Beckham memuat naik gambar di Instagram menunjukkan keberadaannya di tapak pembinaan Miami Freedom Park, stadium baru yang sedang giat dibina di Miami.
Dengan tajuk ringkas tapi penuh makna ‘Going up fast & we have a new fan onsite today ???’ -- memberi gambaran bahawa projek tersebut berjalan lancar dan semakin hampir menjadi kenyataan.
Miami Freedom Park dijangka menjadi rumah rasmi Inter Miami, menggantikan stadium sementara mereka di Fort Lauderdale.
Stadium ini bukan sahaja akan menjadi gelanggang utama perlawanan, juga pusat komuniti yang bakal menempatkan taman awam, hotel, pejabat dan pelbagai fasiliti rekreasi. Dengan kapasiti sekitar 25,000 tempat duduk, dijangka siap sepenuhnya tahun ini juga.
Projek ini bukan sekadar pembangunan sukan, tapi simbol kepada visi jangka panjang Beckham terhadap bola sepak di Amerika Syarikat (AS).
Sejak kehadiran Lionel Messi ke Inter Miami tahun lalu, perhatian terhadap kelab ini melonjak justeru ke arah pembinaan stadium serba moden ini.
Yang menariknya, Beckham bukan sahaja aktif dengan pembangunan kelab tapi di padang latihan juga sehingga ke barisan pemain termasuk berjaya membawa masuk Lionel Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba.
Daripada superstar ke ‘superboss’ — Beckham buktikan dia merancang percaturan jangka masa panjang.