Sevilla berdepan krisis kekurangan pemain menjelang perlawanan pembukaan kempen LaLiga 2025/26.
Kelab Sepanyol itu sedang bekerja keras untuk melepaskan pemain secara besar-besaran sebelum hujung minggu ini.
Dua calon utama yang akan dijual pada masa ini ialah Loic Bade yang menjadi idaman Bayer Leverkusen sementara Juanlu Sanchez dikaitkan ke Napoli.
Walaupun kedua-dua pertahanan itu masih di Seville, namun skuad Nervionenses itu tidak dibenarkan untuk mendaftarkan sejumlah besar pemain untuk kempen LaLiga.
Menurut laporan di Sepanyol, pengurus, Matias Almeyda, berdepan kekangan untuk menurunkan Alfon Gonzalez, Gabriel Suazo, Odysseas Vlachodimos, Ruben Vargas, Akor Adams, Kelechi Iheanacho, dan Alvaro Fernandez bagi menghadapi Athletic Club pada Isnin depan.