Skip to main content

Bola Sepak

Bebas kecederaan, peluang Merah Kuning turunkan kesebelasan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nazliazmi.jpg
"Belajar daripada kesilapan sebelum ini." Itu saranan pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir, kepada anak buahnya menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA berdepan PKNS FC, malam esok. 

Bagi Nazliazmi, kekalahan 0-3 kepada Kuala Lumpur dalam suku akhir kedua Piala FA, April lalu, masih segar dalam ingatannya.

Ketika itu, Gergasi Merah mendahului dengan kemenangan 3-0 dalam suku akhir pertama, namun kekalahan besar dalam aksi timbal balik menyaksikan Selangor hanya mara menerusi penentuan penalti tipis 8-7. 

Selangor kini mendahului PKNS dengan bekalan 4-0 daripada pertemuan pertama dan kali ini, Nazliazmi menggesa aksi timbal balik nanti berakhir dalam tempoh 90 minit perlawanan.

"Dalam pertemuan kedua separuh akhir Piala FA ini, saya akan menampilkan kesebelasan berbeza dengan kehadiran semula Amri Yahyah dan Willian Pacheco.

"Pasukan saya bebas daripada kecederaan dan penggantungan, saya harap momentum itu dapat diteruskan oleh pemain.

"Apa yang penting, kami tidak boleh terlalu yakin dan perlu fokus melakukan lebih baik berbanding pertemuan pertama," ujarnya. 

Turut melontarkan keyakinan sama ialah tonggak tengah Selangor, Syahmi Safari.

Bagi Syahmi, dia memberi jaminan setiap pemain bersedia memgerah segala kudrat memastikan Selangor ke pentas final.

"Semua pihak sudah membuat persiapan yang terbaik. 

"Kami perlu mengambil pelajaran daripada perlawanan suku akhir kedua sebelum ini. 

"Kami perlu pertahankan kelebihan 4-0 dan tidak membenarkan lawan menjaringkan gol," kata Syahmi. 
 

Advertisement

Must Watch Video