Beautiful Malaysia, Terima kasih! -- Kim Pan Gon

Daeng Dhadyry
Januari 29, 2024 15:43 MYT
Kim Pan Gon memuat naik satu 'posting' di laman Instagram peribadinya sebentar tadi dengan mengatakan "Beautiful Malaysia, Thank You!" bersama gambar pasukan Malaysia di Qatar.
Skuad negara menamatkan kemarau 43 tahun di pentas Piala Asia dengan merekod satu mata pada edisi 2023.
Selepas permulaan hambar dipamerkan Harimau Malaya dalam dua aksi pertama, Malaysia tampil dengan prestasi menakjubkan untuk mengikat jaguh Asia, Korea Selatan dengna keputusan 3-3.
Faisal Halim, Arif Aiman dan Romel Morales muncul penjaring skuad bimbingan Kim Pan Gon ini ketika berdepan pasukan yang membarisi pemain-pemain handalan dunia seperti Son Heung Min.
Selepas ini, Malaysia bakal alihkan fokus kepada Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan dua pertemuan berdepan Oman pada bulan Mac.
#Malaysia #Harimau Malaya #Piala Asia