Bayern Munich tegur dedikasi Serge Gnabry
Shaiful Shamsudin
Januari 29, 2023 12:11 MYT
Januari 29, 2023 12:11 MYT
Serge Gnabry telah diberi amaran supaya mempertimbangkan sebarang tindakannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern Munich, Oliver Kahn.
Biarpun pernah ditegur Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic, kejadian seperti itu dilihat masih berterusan hujung minggu lalu apabila didapati Gnabry berkunjung ke Minggu Fesyen Paris pada hari cutinya, baru-baru ini.
Salihamidzic menggelar Serge Gnabry sebagai pemain amatur selepas penyerang Jerman itu kembali dari Paris untuk mempamerkan aksi longlai ketika menentang Koln pada pertengahan minggu lalu.
Daripada menghabiskan masa rehatnya di Paris, Salihamidzic berasakan Gnabry sepatutnya berehat di antara perlawanan bagi memastikan dia mampu berada dalam keadaan terbaik untuk menghidupkan gaya untuk Bayern.
Gnabry diturunkan sebagai pemain gantian untuk perlawanan dengan Eintracht Frankfurt, Sabtu lalu.
Kids Super pic.twitter.com/yYqzyFzHU6
— Serge Gnabry (@SergeGnabry) January 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia adalah perlawanan ketiga berturut-turut yang menyaksikan Bayern terikat 1-1, sekali gus pendahuluan mereka di puncak berkurangan kepada satu mata.
Kahn, bercakap sebelum perlawanan, berkata cara terbaik untuk pemain menjawab mana-mana kritikan adalah dengan memastikan prestasi mereka di atas padang tidak boleh dicabar.
"Jika saya sedar bahawa ia bukan detik terbaik, maka saya perlu turun ke padang dengan menyumbat tiga gol dan menjadi pemain terbaik. Itu akan menjadi jawapan saya untuk topik seperti ini," kata Kahn kepada penyiar Jerman Sky ketika mengulas mengenai senario Gnabry.
Pemain Bayern mempunyai tempoh rehat yang panjang selepas Piala Dunia di Qatar di mana Gnabry merupakan antara tonggak Jerman yang tersingkir di peringkat kumpulan.
"Kami kini hanya mengharapkan prestasi pemain dan kami menuntutnya," katanya.
"Kami telah berbincang dengan Serge. Hasan telah bercakap dengannya dan menjelaskannya. Saya rasa dia faham."