Bayern Munich melengkapkan proses menandatangani pemain tengah Belanda, Ryan Gravenberch, daripada Ajax.
Pemain berusia 20 tahun itu menyertai juara Bundesliga berkenaan dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai €19 juta (RM87.6 juta) berserta bayaran tambahan €6 juta (RM27.66 juta) bagi kontrak selama lima tahun.
Dia menjadi pemain Ajax kedua menyertai Bayern sepanjang beberapa minmggu ini selepas pertahanan sayap Maghribi, Noussair Mazraoui, turut didatangkan ke Arena Allianz.
Gravenberch melakukan 103 penampilan dalam kesemua kejohanan buat Ajax, di mana dia telah menjaringan 12 gol buat kelab itu.
Dia turut beraksi dalam empat perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat Ajax musim ini dan melakukan 376 hantaran dengan kadar ketepatan 88.8 peratus.

? Servus, @RGravenberch! ?⚪
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) June 13, 2022
? https://t.co/9AyA8fNT5Q#ServusGravenberch #MiaSanMia pic.twitter.com/3omclEW3sA