EPL
Bayern Munich sasar tandatangani Kaoru Mitoma jika Florian Wirtz sertai Liverpool
Bayern Munich meletakkan sasaran terhadap pemai sayap Brighton and Hove Albion, Kaoru Mitoma musim panas ini namun berdepan cabaran Bayer Leverkusen ketika mereka menari pengganti Florian Wirtz.
Bayern Munich mengikuti rapat perkembangan bintang Brighton, Mitoma, sebagai alternatif Florian Wirtz yang ketika ini hangat dikerja gergasi Eropah.
Menurut Sky Sports Jerman, Bayern melihat potensi untuk mendapatkan khidmat Mitoma jika Kingsley Coman dan Leroy Sane meninggalkan gergasi Bundesliga itu.
Iklan
Bagaimanapun, tumpuan utama mereka kekal untuk mendapatkan Wirtz, melihat kualiti pemain itu mampu menjadi individu yang mengubah jentera tengah mereka.
Ketika ini, Liverpool menjadi pasukan yang mendahului saingan untuk menandatangani Wirtz.
Pemain tengah itu dikatakan telah melawat Merseyside baru-baru ini, melihat kemudahan kelab dan juga meneroka pilihan perumahan di kawasan itu-satu perkembangan yang telah mencetuskan kebimbangan dalam kem Bayern.
Must-Watch Video