Skip to main content

Bola Sepak

Bayern Munich, LAFC jalin kerjasama pacu pembangunan pemain muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oliver-kahn.jpg
Bayern Munich dan Los Angeles FC menjalinkan kerjasama dalam kesepakatan untuk memacu perkembangan pemain muda kedua-dua kelab itu.

Juara Bundesliga dan juara bertahan Piala MLS itu menjalinkan ikatan menerusi kerjasama yang dinamakan sebagai "Red&Gold Football" berpangkalan di Munich dengan sasaran untuk memperkasakan perkembangan pemain muda mereka di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn, berkata kerjasama dengan LAFC itu membolehkan Bayern untuk terus bersaing dengan seteru Eropah yang lain sambil beranggapan perkembangan kualiti dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) akan memberikan faedah buat pasukan gergasi Bavaria itu.

"Di peringkat antarabangsa, bola sepak telah berkembang pesat, di mana ia telah dibuktikan melalui jendela perpindahan pemain," kata Kahn dalam laman web rasmi kelab itu.

"Kami melihat kerjasama ini sebagai satu peluang untuk memperkasakan FC Bayern daripada segi persaingan sukan dengan kelab-kelab terbaik Eropah dan Bundesliga.

"Memandangkan Piala Dunia 2026 akan mengambil bahagian di Amerika Syarikat, di mana kami juga sudah memiliki pejabat di New York, ia menjadikan Los Angeles satu destinasi yang lebih menarik.

"Saya menjangkakan ia akan meningkatkan kualiti pemain muda dalam MLS, yang turut akan memberikan impak positif terhadap kerjasama kami," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video