Skip to main content

Bola Sepak

Bayern Munich dikejutkan Borussia Monchengladbach

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bayern-munich-v-borussia-monchengladbach.jpg
BAYERN MUNICH 1 BORUSSIA MONCHENGLADBACH  2

Bayern Munich tewas buat kali ketiga dalam saingan Bundesliga musim ini selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Borussia Monchengladbach dalam perlawanan pertama selepas saingan bola sepak Jerman bersambung daripada waktu rehat pertengahan musim, awal pagi tadi.

Gol Florian Neuhaus dan Stefan Lainer dalam babak pertama sudah cukup untuk memadamkan jaringan pembukaan Robert Lewandowski di Arena Allianz dan pasukan tuan rumah bimbingan Julian Nagelsmann itu tidak dapat melakukan kebangkitan sepanjang babak kedua.

Pasukan juara bertahan itu dilanda wabak COVID-19 di kem mereka dan kehilangan beberapa tonggak utama seperti Manuel Neuer, Dayot Upamecano, Kingsley Coman, Alphonso Davies dan Leroy Sane.

Bagaimanapun, dalam perlawanan yang dimainkan secara tertutup di bawah cuaca bersalji di Munich itu, kesebelasan utama Bayern yang tidak kurang kuatnya masih gagal menebus aib tewas 0-5 kepada Gladbach dalam saingan DFB Pokal musim ini.

Penjaga gol pelawat, Yann Sommer, menyelamatkan percubaan awal Serge Gnabry dan Lewandowski tetapi tidak dapat menafikan bintang Poland itu daripada menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18, di mana dia menemui hantaran Thomas Muller sebelum melepaskan penyudah ke arah 'near post'.
 
Gladbach, bagaimanapun, hanya memerlukan sembilan minit untuk menyamakan kedudukan menerusi serangan pertama mereka, di mana Joshua Kimmich gagal mengesan satu hantaran lintang yang menemui Neuhaus sebelum pemain tengah itu meleret bola melepasi penjaga gol Bayern, Sven Ulreich.

Jaringan itu meniupkan semangat juang pasukan bimbingan Adi Hutter berkenaan dan berhasil menemui jaringan kemenangan selepas Lainer menanduk masuk sepakan pejuru Luca Netsz pada minit ke-31.

 

Advertisement

Must Watch Video