Bayern Munich damba mesin gol baru, Harry Kane mula jadi sebutan
Shaiful Shamsudin
April 6, 2023 08:46 MYT
April 6, 2023 08:46 MYT
Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic, menjadikan penyerang sebagai keutamaan kelab itu dalam jendela perpindahan akan datang selepas kekalahan mengejut 1-2 kepada Freiburg dalam DFB-Pokal, semalam.
Skuad kendalian Thomas Tuchel tersebut mendahului perlawanan suku akhir berkenaan menerusi Dayot Upamecano sebelum diimbangi jaringan Nicolas Hoefler, tetapi sepakan penalti Lucas Hoeler pada 95 minit menyingkirkan pendahulu Bundesliga itu.
Langkah Bayern disekat buat musim ketiga berturut-turut, lantas Salihamidzic menegaskan keperluan untuk menandatangani penyerang baru agar kelab itu dapat terus berkembang pada musim depan.
“Sudah tentu kami akan duduk dan memantau apa yang perlu kami lakukan dalam pasaran perpindahan,” katanya selepas perlawanan.
Full time. ?⚪ #FCBSCF 1-2 pic.twitter.com/bVctroXnyU
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) April 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tetapi daripada segi perlawanan membuktikan dengan hanya memasuki musim baru menerusi Eric Maxim Choupo-Moting, Mathys Tel, Thomas Muller dan Sadio Mane semata-mata adalah satu kesilapan.
"Kemungkinan besar akan ada penyerang baru. Sama ada Harry Kane, Victor Osimhen atau Randal Kolo Muani, minggu-minggu mendatang akan dipastikan."