Bayern Munich sempat membuat tawaran mengejut untuk mendapatkan Antony daripada Manchester United sebelum jendela perpindahan berakhir, semalam.
Namun, pemain sayap berusia 25 tahun itu memilih untuk berpindah secara kekal ke kelab LaLiga, Real Betis, selepas menghabiskan separuh musim lalu di sana secara pinjaman.
Begitupun, Bayern cuba merampas perjanjian itu laporan El Partidazo de COPE mendedahkan pemain Brazil itu sudah memuktamadkan hala tujunya.
Bayern telah menghubungi Antony sebelum dia menandatangani kontrak dengan Real Betis dan menawarkannya dua kali ganda gaji, tetapi pemain Brazil itu memutuskan untuk menepati janjinya dan menyertai pasukan Sepanyol.
"Saya sempat bercakap dengan Bayern Munich sehari sebelum segala-galanya selesai dengan Betis.
"Saya tidak tahu sama ada ia mengenai harga tawaran, saya tidak bercakap mengenainya," jelasnya.
"Tetapi ketika bercakap dengan mereka, saya menjelaskan bahawa sudah berjanji dengan Betis dan 95 peratus sudah dimuktamadkan dan saya akan berpegang pada kata-kata saya.
"Atas rasa hormat, sayang dan sedar -- saya gembira di sini.
"Saya berasa tenang dalam membuat keputusan ini untuk menolak tawaran Bayern Munich dengan hormat, antara tiga kelab terbaik dunia.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan."