Skip to main content

Bola Sepak

Bayern Munich akui gagal goda Erling Haaland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eerling-haaland.jpg

Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic, mendedahkan gergasi Bundesliga itu pernah melamar Erling Haaland secara bersemuka sebelum penyerang tersebut memutuskan untuk berpindah ke Manchester City.

Salah satu tawaran paling penting dalam jendela perpindahan ketika ini menyaksikan bekas penyerang Borussia Dortmund itu berkelana ke kancah England dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £51 juta (RM270.3j).

Seperti Dortmund, juara bertahan Bundesliga itu sedang memantau penyerang tengah berikutan Robert Lewandowski beralih ke Barcelona.

Lantas, Salihamidzic berkata kelab itu sempat mengadakan perbincangan dengan Haaland mengenai potensi perpindahan pemain berusia 22 tahun tersebut. 

Begitupun, mereka tidak menyalahkan penggempur itu yang berhak memilih sesuatu yang difikirkannya lebih baik buat dirinya. 


 

Bercakap kepada Bild, Salihamidzic berkata: "Kami mengadakan beberapa perbincangan. Kami memikirkan perkara yang boleh dilaksanakan untuk kami. Akhirnya, ia tidak berjaya atas pelbagai sebab."





Bayern juga dikaitkan dengan perpindahan penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, di tengah-tengah khabar angin bahawa kapten Portugal itu berminat untuk keluar dari Old Trafford.

Bagaimanapun, Salihamidzic berkata perjanjian itu di luar jangkauan mereka.

"Apabila anda melihat bagaimana jentera serangan kami ketika ini walaupun tanpa Robert Lewandowski, ia masih sukar daripada sudut sukan dan kewangan," tambahnya.

"Kami mempunyai lapan pemain yang saling merebut empat posisi. Kami mempunyai pemain berpengalaman terbaik yang berada di  kemuncak usia bola sepak."

Salihamidzic juga mengakui mereka sepatutnya mengendalikan rundingan kontrak baru David Alaba -- yang memilih ke Real Madrid musim lalu -- dengan pendekatan yang berbeza.


 

Advertisement

Must Watch Video