Skip to main content

Bola Sepak

Bayern kekalkan kelebihan 20 mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robertlewandowski-cropped_lkhdi11f0xoc1dtnjallroi6j.jpg

BAYERN MUNICH 6 HAMBURG 0

Skuad kendalian Jupp Heynckes, Bayern Munich, terus melebarkan jurang 20 mata di puncak Bundesliga selepas mudah menewaskan Hamburg 6-0 di tempat sendiri, awal pagi tadi.

Advertisement

Selepas mengatasi Freiburg dengan empat gol pada Isnin lalu, Bayern melayan kunjungan Hamburg di Allianz Arena dengan misi untuk terus menjarakkan diri dengan pasukan di tangga kedua, Schalke 04.

Anak-anak buah Heynckes hanya memerlukan lapan minit untuk memulakan pesta gol apabila Franck Ribery memanfaatkan kesilapan Gotoku Sakai sebelum menyudahkan peluang di depan gol bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Empat minit kemudian, giliran Robert Lewandowski meletakkan nama di dalam senarai penjaring setelah penyerang Poland itu menanduk masuk bola hantaran lintang Joshua Kimmich untuk membuatkan penjaga gol Hamburg, Christian Mathenia, tewas buat kali kedua.

Lewandowski menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-19 selepas David Alaba membuka ruang untuknya merembat masuk gol keempat, sekali gus meletakkan namanya selesa di tangga teratas penjaring terbanyak liga dengan 22 gol.

Menamatkan babak pertama dengan tiga gol nyata belum mampu menyekat nafsu Bayern untuk terus melebarkan kedudukan.

Corak hantaran pendek tuan rumah di depan kotak penalti Hamburg membuatkan situasi menjadi kelam-kabut di depan kubu pelawat dan peluang itu pantas digunakan Arjen Robben untuk melepaskan tendangan kaki kiri mengatasi Mathenia bagi meletakkan Bayern terus selesa dengan kelebihan empat gol.

Tatkala pelawat sibuk memburu jaringan sagu hati, Ribery sekali lagi membuatkan lawan kecewa dengan gol kelima pada minit ke-81 selepas menggelecek empat pertahanan untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Walaupun gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85, Lewandowski akhirnya  meledakkan hatrik pada minit terakhir perlawanan menerusi peluang sama dan kedudukan 6-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pesta gol di Allianz Arena itu menyaksikan Bayern hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk mengesahkan kejuaraan Bundesliga dengan lebih awal.

Must Watch Video