Skip to main content

Bola Sepak

Bayer Leverkusen lengkapkan perpindahan Martin Terrier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

martin-terrier_1n3fi59ta2tvw1a3m3wsr6os34.jpg
Bayer Leverkusen telah melengkapkan pembelian penyerang Rennes, Martin Terrier, dalam perjanjian bernilai kira-kira EURO20 juta RM101 juta).

Penyerang Perancis itu telah menandatangani kontrak lima tahun dengan juara bertahan Bundesliga itu.

Terrier ialah pembelian ketiga Xabi Alonso menjelang musim 2024-25, menyertai Jeanuel Belocian dan Aleix Garcia di BayArena.

Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan 42 gol sepanjang tiga musim terakhirnya bersama Rennes, walaupun tidak beraksi selama sembilan bulan kerana kecederaan ligamen anterior cruciate.
 

“Sudah menjadi hasrat saya untuk berpindah ke kelab besar di luar negara di Eropah selepas tujuh tahun menjadi profesional di Perancis,” katanya kepada laman web rasmi kelab itu.

“Hakikat saya kini dapat menunjukkan kemahiran saya dengan pemenang berganda Jerman adalah hebat dan motivasi istimewa untuk saya.

"Bayer 04 juga menjadi tajuk utama di Perancis dengan pencapaian mereka musim lalu. Ia hebat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini mulai sekarang."

Advertisement

Must Watch Video