Skip to main content

Bola Sepak

'Bayangkan TMJ tak mahu ada dalam ekosistem bola sepak negara'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, berharap semua pihak dapat memanfaatkan pandangan dan inisiatif daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dalam pembangunan ekosistem bola sepak negara.

Malah, dia turut bersetuju dengan teguran pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terhadap tindakan segelintir individu yang merendahkan revolusi bola sepak tempatan, selain menjadikan kejayaan skuad Harimau Selatan sebagai bukti perubahan yang mampu dicapai skuad Harimau Malaya.

"Saya setuju dengan pandangan dan teguran Tunku Mahkota Ismail terhadap mentaliti pihak-pihak tertentu yang suka merendahkan bola sepak tempatan, sedangkan sebenarnya kita ada potensi besar untuk maju ke hadapan

"Kejayaan JDT adalah bukti bahawa baginda mampu melakukan perubahan tersebut dan kita perlu membantunya ke arah yang positif.


 


"Secara peribadi, saya berpandangan bahawa kita perlu menggunakan dan memanfaatkan sebaik-baiknya inisiatif Tunku Ismail. Cuba bayangkan jika baginda tidak lagi mahu berada dalam ekosistem bola sepak negara, sudah tentu keadaan akan menjadi lebih teruk.

"Jadi bagi saya, kita perlu berubah dan menggunakan kehadiran baginda sebaik mungkin untuk bersama-sama membina sebuah ekosistem bola sepak yang kukuh sehingga berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia suatu hari nanti.

"Baginda mempunyai hubungan erat dengan pelbagai pihak, khususnya kerajaan, sektor swasta, sumber kewangan yang kukuh, kedudukan sebagai pemimpin utama dalam negara, serta jaringan luar negara yang kuat. 

"Ini merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya." Katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Advertisement

Must Watch Video