Skip to main content

Bola Sepak

Bayangan Natxo Insa masih kekal bersama JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

natxoinsa.jpg
Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim baharu yang akan bermula Ogos depan. 

Memasuki usia yang sudah menjangkaui 39 tahun, status dan hala tuju Natxo Insa masib belum dipastikan apakah langkah seterusnya daripada bekas pemain kelab LaLiga, Valencia, itu. 

Menerusi laman tranfermarkt, kontraknya bersama Harimau Selatan telah pun berakhir 31 Mei lalu. 

Sebelum ini, Insa yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya itu memberi bayangan mengenai masa depannya ketika persiapan final Unifi Piala Malaysia, April lalu. 

"Pada usia sebegini, setiap sesi latihan harian barangkali boleh jadi yang terakhir.

 

"Begitulah kerana dalam bola sepak pasti ada pengakhirannya, ada tempohnya, ada hadnya tapi amat menikmatinya serta masih mempunyai tenaga untuk bermain," katanya. 

Namun, ketika sesi pengenalan video penyerang baharu skuad kendalian Xisco Munoz itu, kelibat nama Natxo Insa turut terpampang dalam senarai skuad JDT untuk musim 2025/26. 

Di samping pengumuman Jairo Da Silva dari Brazil, nama Natxo Insa juga menjadi bualan tatkala bakal menamatkan teka teki mengenai dirinya di JDT. 

Untuk rekod, ketua pasukan juara Piala FA 2024 itu telah melakukan 130 penampilan dalam semua pertandingan dan mencatatkan enam jaringan secara keseluruhan. 

Advertisement

Must Watch Video