Skip to main content

Bola Sepak

Batshuayi jadi penyelamat Dortmund

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

michy-batshuayi_3.jpg
BORUSSIA DORTMUND 3 ATALANTA 2 

Peter Stoger memuji Michy Batshuayi yang segera menyesuaikan diri di Borussia Dortmund susulan pemain pinjaman Chelsea berkenaan meraih dua gol lagi untuk membantu kemenangan 3-2  ke atas Atalanta dalam Liga Europa, awal pagi tadi. 


Batshuayi kurang dipedulikan di Stamford Bridge tetapi dia menjadi watak utama di Dortmund dengan menghasilkan lima gol dalam tiga perlawanan untuk membuktikan kewibawaannya menggantikan Pierre-Emerick Aubameyang.

Selepas sejam kedudukan terikat 2-2, Batshuayi sekali lagi menjadi wira apabila menggamatkan Signal Iduna Park menerusi gol kemenangan pada lewat permainan. 

"Michy adalah penjaring gol sejati," kata Stoger. "Ia adalah langkah yang baik untuk membawanya ke sini.

"Persoalannya ialah: Seberapa baik dia bersama pasukan, adakah dia akan berasa seperti di tempat sendiri?

"Dia sangat digemari, berintegrasi sepenuhnya manakala matlamat kami dan peribadinya selari.

"Menjaringkan gol merupakan satu perkara lain, namun bekerja keras untuk pasukan dan memenangi bola seperti yang dilakukannya untuk gol pertama menjadikannya penyerang hebat."

Walaupun tewas, pengurus Atalanta, Gian Piero Gasperini, optimis mengenai tahap persembahan pasukannya, dengan Atalanta pada suatu ketika telah memimpin perlawanan 2-1 hasil daripada gol berganda Josip Ilicic.

Jaringan Batshuayi merencatkan usaha mereka, namun pengurus itu tetap menaruh keyakinan dalam aksi timbal balik nanti.

"Kami bermain dengan baik pada babak pertama dan pada akhirnya kami tidaklah terlalu lemah -- kami masih dalam saingan," katanya.

"Sebelum perlawanan, kami akan menerima keputusan ini tetapi ketika ini kami agak geram dengan keputusan ini. 

"Kami mendahului 2-1 dan sepatutnya melakukannya dengan lebih baik, kami berjaya menentang pasukan seperti Dortmund, malangnya kami tidak dapat menyekat dua gol terakhir mereka. 

"Dortmund secara teknikalnya kuat tetapi kami mempunyai peluang. 

"Kami bangkit selepas gol awal itu dan saya gembira sepanjang 90 minit, perlawanan ini berlangsung di tahap tertinggi, kalau boleh kami ingin mengelak gol terakhir itu," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video