Stadium Astro logo
BOLA SEPAK MSIA

Baru semalam buat, hari ini jadi -- Corbin Ong

article-author-avatar
Muzaffar Musa 27/03/2025 | 02:55 MYT
Article ribbon Baru semalam buat, hari ini jadi -- Corbin Ong
Penjaring negara ketika menewaskan Nepal, Corbin Ong, berkata gerakan set-piece yang terhasil ketika jaringannya itu hanya diilhamkan sehari sebelum perlawanan berkenaan.
Skuad negara memulakan kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia dengan langkah kanan apabila menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam semalam.
Selepas perancang baru, Hector Hevel, membuka jaringan dalam babak pertama, Corbin kemudian menggandakan kelebihan itu dalam babak kedua dengan menyudahkan satu gerakan set-piece gemilang sepasukan.
Gerakan itu dimulakan sepakan percuma Endrick Dos Santos, yang melakukan hantaran pendek kepada Hevel sebelum Hevel melakukan lorongan yang dihidu Arif Aiman untuk melakukan lintangan yang kemudian ditolak masuk Corbin.
"Kami hanya mencipta gerakan itu semalam, ia terpulang kepada jurulatih untuk menentukannya," kata Corbin kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Segalanya menjadi seperti yang kami rancang dalam sesi latihan dan saya mendapat jaringan itu."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Harimau Malaya #Nepal #Kelayakan Piala Asia #Corbin Ong