Crystal Palace juara Piala FA Inggeris tapi 'dipaksa' bermain di Liga Persidangan Europa (UECL), sebaliknya Nottingham Forest yang menduduki tempat ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal memenuhi slot ke Liga Europa (UEL), musim hadapan.
Permohonan The Eagles ditolak mentah-mentah apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengumumkan keputusan menyingkirkan kelab itu daripada menyertai UEL susulan pelanggaran peraturan pemilikan yang terkait bersama kelab Ligue 1, Lyon, yang juga turut mara ke kejohanan berprestij itu.
Berdasarkan undang-undang Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), hanya satu kelab yang mempunyai pemilikan serupa boleh bertanding dalam kejohanan sama.
Siasatan mendapati bahawa kedua-dua pasukan memiliki pengerusi sama menerusi Eagle Football Holdings yang diterajui oleh John Textor.
Ketika wakil Palace membentangkan hujah menegaskan Textor sekadar mempunyai 43 peratus pegangan saham dan tidak mempunyai kawalan penuh berbanding pengerusi bersamanya, Steve Parish, Josh Harris dan David Blitzer yang mengumpul sebanyak 75 peratus, CAS tetap menghukum mereka kerana tetap melanggar arahan (Multi-Club Ownership, MCO).
Juara Perisai Komuniti itu terpaksa akur dengan berita tersebut walaupun mendakwa ketelusan UEFA yang dikatakan tidak profesional dan mengambil tindakan sejurus Nottingham Forest mengemukakan surat tuntutan.

?Crystal Palace will NOT be reinstated to the Europa League following the loss of their legal battle at the Court of Arbitration for Sport.
— Football on TNT Sports (@footballontnt) August 11, 2025
They now have to play a two-legged qualifier against Fredrikstad or FC Midtjylland to enter the Conference League. pic.twitter.com/1gSPFzG7yb