Baru enam perlawanan, JDT sudah kumpul 28 gol
Saufi Tahir
Julai 8, 2024 16:11 MYT
Julai 8, 2024 16:11 MYT
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah mengumpul sebanyak 28 jaringan dalam enam perlawanan saingan Liga Super 2024/2025 dan Piala FA Malaysia musim ini.
JDT konsisten dengan momentum meraih jaringan besar dalam setiap perlawanan liga dan Piala FA Malaysia dengan kemenangan terbesar pasukan itu hadir ketika menewaskan Malaysia University 8-0 dalam aksi kedua suku akhir, minggu lalu.
Heberty Fernandes muncul penjaring terbanyak dengan enam gol diikuti dengan Romel Morales yang telah menyumbangkan empat gol buat skuad Harimau Selatan itu.
Untuk rekod, saingan liga musim lalu JDT berjaya memperoleh 100 jaringan dalam satu musim dengan Bergson Da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman menjadi penyumbang terbanyak gol buat juara liga super 10 kali berturut-turut itu.