Kepercayaan terus diberikan dan ia adalah petanda positif bagi peningkatan prestasi dan mendapatkan pengalaman secara kompetitif.
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca, semakin menonjolkan mutu permainan berbeza apabila menjadi ayam tambatan buat pasukan Velez Sarsfield yang bertanding di Argentina.
Bintang berusia 25 tahun itu baru sahaja merangkul trofi pertamanya dalam karier selepas menjuarai Supercopa Internacional, sekali gus merupakan piala sulung sejak menyertai kelab itu secara pinjaman Januari lalu.
Berdepan Tigre, Machuca menampilkan kualiti terbaik dengan melakukan gelecekan memukau peminat dan muncul antara pemain paling mencuri tumpuan mingguan selain membantu kelabnya dengan menjaringkan gol kemenangan, semalam.
Kelajuan, kelincahan serta ketangkasan yang dimiliki kerap menyukarkan pemain lawan untuk mengekang pergerakannya.
Setakat ini, dia telah melakukan 13 penampilan bersama Sarsfield.
Ketika ditanya oleh wartawan terkemuka mengenai Malaysia, Machuca berkongsi keterujaannya terhadap skuad kendalian Peter Cklamovski yang memiliki misi besar dan dirinya ingin bersaing untuk merebut tempat dalam pasukan.
"Ia gila!
"Malaysia ialah pasukan yang bagus. Saya sangat gembira dengan perkembangan karier bermain untuk negara.
"Saya harap ia kekal berterusan," katanya.

?? Imanol Machuca scored his first goal for Velez Sarsfield to make it 2-0 against Tigre before half-time. pic.twitter.com/LsTQCFlYJW
— Harimau Abroad ?? (@HarimauAbroad) July 15, 2025
Kelajuan, kelincahan serta ketangkasan yang dimiliki kerap menyukarkan pemain lawan untuk mengekang pergerakannya.
Setakat ini, dia telah melakukan 13 penampilan bersama Sarsfield.
Ketika ditanya oleh wartawan terkemuka mengenai Malaysia, Machuca berkongsi keterujaannya terhadap skuad kendalian Peter Cklamovski yang memiliki misi besar dan dirinya ingin bersaing untuk merebut tempat dalam pasukan.
"Ia gila!
"Malaysia ialah pasukan yang bagus. Saya sangat gembira dengan perkembangan karier bermain untuk negara.
"Saya harap ia kekal berterusan," katanya.
"ARRANCAR GANANDO ERA EL OBJETIVO QUE TENÍAMOS"
— TNT Sports Argentina (@TNTSportsAR) July 15, 2025
Imanol Machuca se mostró contento por haber conseguido el triunfo en el inicio del Clausura ante Tigre #LPFxTNTSports pic.twitter.com/oWfvPCphGe