Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, mengesahkan bahawa Andres Iniesta telah menerima tawaran untuk meninggalkan kelab itu di sebalik spekulasi perpindahannya ke Liga Super China pada akhir musim ini.
Ikon Sepanyol dan Barca itu memperagakan persembahan hebat membantu skuad Catalan itu menewaskan Sevilla 5-0 untuk menjulang Copa del Rey -- Iniesta menjaringkan gol keempat.
Spekulasi mengenai masa depan Iniesta bertambah hangat sejak kebelakangan ini, dengan beberapa laporan mengatakan bahawa dia akan meninggalkan Sepanyol untuk kelab kaya China, yang memberi maksud perlawanan akhir di Wanda Metropolitano awal hari ini mungkin aksi terakhirnya bersama Barca.
Dia digantikan pada hujung perlawanan dan menerima tepukan tanda hormat daripada penyokong Barca dan Sevilla, dengan pemain tengah berkenaan selepas itu kelihatan beremosi di bangku simpanan.
Iniesta sendiri mengatakan bahawa dia sudah membuat keputusan mengenai masa depannya, dan kini Bartomeu mengesahkan tawaran telah diajukan kepada pemain berusia 33 tahun itu.
"Saya tahu bahawa Iniesta mempunyai tawaran tetapi Barca adalah kelab terbesar sepanjang kerjayanya dan dia mempunyai kontrak seumur hidup," kata Bartomeu seperti yang dilaporkan Mundo Deportivo.
"Kami mempunyai pemain terbaik di dunia (Lionel) Messi tetapi Iniesta mengukir masanya dalam sejarah Barca dan bola sepak," ujarnya.
Skuad CSL yang dikatakan akan mengikat Iniesta adalah Chongqing Dangdai Lifan.