Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona tanpa khidmat Neymar dalam aksi Clasico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar.jpg
Penyerang Barcelona, Neymar, tidak akan beraksi berdepan Real Madrid pada 23 April ini selepas Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) memberikan hukuman gantung tiga perlawanan.

Barca ketinggalan 1-0 ketika berdepan Malaga pada Sabtu ketika Neymar dilayangkad kad kuning kedua kerana melakukan terjahan ke atas Diego Llorente dan digantung satu perlawanan.

Bagaimanapun, dia mendapat tambahan penggantungan dua lagi perlawanan kerana bertepuk tangan tanda menyindir pegawai perlawanan tatkala meninggalkan padang.

Pemain berusia 25 tahun itu akan kembali beraksi berdepan Espanyol pada 29 April.

Pada Isnin, rakan sepasukannya, Javier Mascherano, memberitahu satu sidang media, "Terdapat pemain yang melakukan perkara yang sama tetapi masih menerima hukuman gantung satu perlawanan.

"Kami tidak akan menyalahkan sesiapa di dalam perkara ini. Ketika salah seorang pemain kami menghadapi masalah, kami akan cuba untuk membantunya."

Skuad kendalian Luis Enrique gagal bangkit di dalam perlawanan tersebut untuk tewas 2-0, menggugat persaingan bagi merebut takhta LaLiga kerana ketinggalan tiga mata kepada Real Madrid, yang memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Awal pagi tadi, Barca tewas dalam perlawanan pertama aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Juventus 3-0 di Turin.

Advertisement

Must Watch Video