Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona rayu hukuman lebih ringan buat Dani Alves

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alves.jpg
Barcelona akan merayu kad merah yang dikutip Dani Alves dalam kemenangan 4-2 ke atas Atletico Madrid dalam LaLiga, hujung minggu lalu. 

Alves dilayangkan kad merah pada minit ke-69 berikutan semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapatinya memijak betis Yannick Carrasco dengan tapak kasutnya. 

Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengumumkan pertahanan kanan veteran itu telah dikenakan penggantungan sebanyak dua perlawanan memandangkan dia tidak peluang untuk memenangi bola berkenaan ketika menerjah.

Perkembangan ini akan menafikan kelibatnya untuk perlawanan 'derby Catalan' menentang Espanyol, Isnin depan, serta perjalanan ke Valencia pada minggu seterusnya. 

Bagaimanapun, Barca mengesahkan mereka akan mencabar keputusan itu dengan harapan penggantungan tersebut dapat dikurangkan.

   

Advertisement

Must Watch Video