LALIGA
Barcelona mohon maaf buat Ilkay Gundogan rasa tersisih
Barcelona tampil dengan permohonan maaf kepada Ilkay Gundogan dan isterinya berikutan kurang menawarkan sokongan kepada mereka ketika mula menyertai kelab itu.
Gundogan meluahkan rasa kurang senangnnya selepas dia dan isterinya, Sara Arfaoui, berasa seperti dipinggirkan berkenaan soal penginapan, pengangkutan dan kebajikan keluarganya sebaik meninggalkan juara 'treble', Manchester City, untuk menyertai Barça pada musim panas ini secara percuma.
İlkay Gündoğan, all class! ?#BallondOr pic.twitter.com/dGvTDjmdnN— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 30, 2023
Iklan
Gundogan didaftarkan pada malam pembukaan LaLiga menentang Getafe walaupun sudah tiba seminggu lebih awal disebabkan masalah kewangan Barcelona yang berterusan yang menghalang kelab Catalan itu daripada mendaftarkan pemain baru.
Malah, pemain tengah itu turut bimbang dengan senario di kelab tersebut selepas pemain pelapis dilaporkan perlu mengambil kerja lain bagi menampung perjalanan mereka ke gelanggang latihan.
Must-Watch Video