LALIGA

Barcelona ikat Christensen secara percuma daripada Chelsea

Muzaffar Musa 05/07/2022 | 02:27 MYT
Barcelona mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Andreas Christensen secara perpindahan percuma daripada Chelsea.
Pertahanan tengah itu berpindah ke Camp Nou selepas contraknya bersama Chelsea tamat pada penghujung bulan lalu.
Pemain kebangsaan Denmark itu bersetuju untuk mengikat kontrak selama empat tahun, termasuk klausa pelepasan bernilai €500 juta (RM2.3 bilion).
Christensen sudah mula dikaitkan untuk menyertai Barca sejak dia kelihatan tidak akan menyambung kontraknya di London.
Presiden Barca, Joan Laporta, mengesahkan pada hujung minggu lalu bahawa kontrak Christensen akan diselesaikan minggu ini.
Dia menjadi pemain kedua ditandatangani Barca dalam jendela perpindahan kali ini selepas ketibaan Frank Kassie daripada AC Milan -- juga secara perpindahan percuma -- turut diumumkan semalam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Barcelona #Andreas Christensen #LaLiga
;