Arsenal membatalkan kontrak Pierre-Emerick Aubameyang bagi membuka jalan kepada penyerang itu untuk menyertai Barcelona, sementara Ousmane Dembele kekal di Camp Nou pada hari penutup perpindahan pemain kali ini.
Sekalipun tidak mendapatkan sebarang pengganti untuk menampung pilihan sedia ada, Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah, The Gunners tidak mahu bertangguh lagi untuk menamatkan kontrak Aubameyang yang bersisa lima bulan lagi di Stadium Emirates.
Dia mendapat lampu hijau untuk menyertai Barcelona secara percuma dan dijangka diumumkan sebagai pemain baru gergasi LaLiga itu hari ini.
Malah, ketua pasukan Gabon itu juga rela gajinya dipotong separuh dan dikhabarkan pula, rundingan tersebut telah dicapai dua minggu lalu sebelum kecederaan Samuel Umtiti menjejaskan pertukaran secara pinjaman berkenaan.
Dalam masa sama, walaupun menerima tawaran daripada sekurang-kurangnya sebuah kelab di England selain terancam tidak dipedulikan lagi sepanjang musim ini, Dembele memilih untuk kekal di Catalonia untuk sekurang-kurangnya akhir musim ini.